Pages

Friday, September 30, 2011

simple crumble

as salam,
kepada follower akak yang belum dapat access simple crumble, sila mssg di chat ye.
akak ingat ada seorang ni , akak janji nak open access bila FB dah ok. tapi akak terlupa nama dia.
buat masa ni, akak dah boleh add list viewer di fb, sila lah bagi tau secepat mungkin ye.....

Thursday, September 22, 2011

kelas jahitan manik

as salam,

Saya menerima banyak pertanyaan tentang kelas jahitan manik. Sebelum ini saya menolak kerana sibuk dengan anak yang mengambil UPSR. Sekarang ruang waktu saya sudah luas aka banyak sebab tu sempat lagi bermalas -malas hehehehehehhe, maka saya bersedia untuk membuka kelas.

Ok, mari kita tengok keterangan di bawah.

details:

contents : 5 jenis design bracelet
: 2 jenis design crumbles
: tips jahitan

masa : 9.30pagi - 5 ptg

tempat : di rumah saya (shah alam)
: rumah atau office students (sabtu dan ahad atu cuti sekolah aje)

jumlah pelajar : minimum 5 orang di KL dan Shah Alam
: minimum 10 selain dari di atas

yuran : $180 di KL dan Shah Alam
: $200 di Semenanjung ( selain dari di Kl dan Shah Alam)
: $230 di Sabah dan Sarawak

lunch break : pot luck ( saya akan bawa 1 jenis masakan berat dan satu jenis kueh)

sijil di sertakan.

Jika ada sesiapa ingin join atau menjadi host (ada kelebihannya - sila mssg jika berminat), anda boleh pm, mssg, whatsapp, bbm, sms atau tinggalkan pesanan kepada saya.

ok. da......

Wednesday, September 21, 2011

embroidery bracelet

as salam,

apa khabar anda semua? masih ada lagi ke mood raya?
week end ni, saya dah ada jemputan untuk rumah terbuka. dah nak habis dah bulan syawal. awal bulan november, kita akan menyambut hari raya aidil adha pulak.

Maka, bersambung lah pulak menjahit baju untuk hari raya haji kan?......
sebelum cuti satu malaysia tempohari, saya telah menerima tempahan dari cikgu Khuzaimah dari Ampang. Dia tanya berapa lama boleh siap, saya cakap satu hari. saya terima parcel hari Khamis, hari Jumaat balik kampong sebab adik kawen. Hari Isnin, balik Shah Alam, terus lah saya menjahit baju tadi.

Design pink bracelet dan vintage spiral

Design pink bracelet
Saya suka design ni, nampak mewah di atas kain jalur nipis ini. Permainan warna adalah sangat penting dalam memilih sulaman manik. kalau tersilap pilih warna, akan mencacatkan keindahan kain dan keseluruhan penampilan si pemakai.
Design ini memakan masa, bukan disebabkan rumit tetapi banyak proses. Saya fikir boleh habiskan dalam masa 1/2 hari tetapi jangkaan saya meleset , kerana ira kain ini liat rupanya. maksudnya, susah hendak cucuk jarum, so, ia memakan masa. semasa saya menjahit baju ini, saya menggunakan jarum manik brand clover, patah pulak jarum tuh..... bukan satu tapi dua!!!!!!
close up, tak dapat nak amik gambar dekat sangat sebab ada problem dgn kamera cap ayam saya. tapi, apa yang hendak saya katakan, memang bertepatan design dan fabric, pilihan cikgu khuzaimah nih.
Desigan vintage spiral

Baju kurung ke dua, beliau memilih vintage spiral atau sesetengah beaders, menamakannya ulat bulu atau ulat beluncas.3/4 kali juga lah saya menukar warna beads, untuk mendapatkan kaler yang sesuai. akhir sekali saya memilih warna seperti di bawah. tak sangka di gemari ramai.
menjahit kain lembut ini agak mencabar, selain perlu menjaga cucukan jarum agar kain tak rosak. kita juga perlu menjaga agar bila siap, lengan baju tersebut tidak nampak terlondeh.

baju2 tersebut telahpun siap dan di poskan. harap2 tuanpunya baju berpuashati dengan hasil kerjatangan akak.

Kepada pembaca yang lain, jika berminat boleh lah pm akak. tempahan masihh lagi di buka.


Friday, September 9, 2011

lepas raya

as salam semua,

kita masih lagi di bulan raya kan? orang kata puasa sebulan so rayapun sebulan.
sapa la punya idea tuh..............................

Maka , saya ingin mengucapkan "Selamat Hari raya maaf zahir batin".
Ingat tak lagi, posting sebelum ini saya ada letakkan gambar kain2 bercorak yang hendak di jahit manik.

Ketahui lah , sesungguhnya adalah tersangat mudah untuk mereka design di atas kain kosong berbanding kain bercorak.
di bawah ini ialah baju kain bercorak yang telah siap di jahitk manik dan telah selamat di pakai oleh tuannya sempena hari raya yang lepas...


sebenarnya ada banyak lagi, tapi malas pulak nak up load gambar. tersangat lembab..


ini adalah corak di bahagian tangan

ini pula corak di bahagian leher.

akak masih menerima tempahan jahit manik untuk baju kurung , kebaya dan juga blouse untuk hari raya aidil adha nanti.
Tempahan untuk gown smocking hari raya aidil adha, akak cuma terima lagi 5 gown sahaja. sila beritahu secepat mungkin, untuk mengelakkan kekecewaan. ewah!!! macam iklan pulak.

di bawah ini pula ialah tutorial terbaru yang di namakan tutorial pearl in beads. anda sudah boleh beli tutorial ini. Kepada yang meng order design ini, akak telah open access untuk anda . sila cek FB anda ye.....




sehingga ke temu lagi...
da......................